019 391 3193 the@works25.com

 

Tetapan pemula:

1. Company Information (Maklumat Perniagaan)
2. General Settings (Tetapan Umum)
3. Device Settings (Tetapan Peranti)
4. Inventory
5. Price List (Senarai Harga): 
6. Mini-Site

Kita sekarang berada di langkah 3: Device Settings

Tetapan Peranti – Device Settings

Tetapan pada muka ini akan terkesan pada peranti yang anda guna sekarang sahaja. Langkah ini perlu diulang pada setiap peranti yang ingin digunakan.

Untuk ke tetapan ini, sila tekan ikon gear pada menu, dan tekan Settings (warna hijau)

Cari kotak kuning Logs and More, klik pada Device Settings

Ringkasan tetapan:

  • Preferred Payment Method: Cara penerimaan bayaran utama untuk peranti ini.
    • Jika anda mempunyai kedai,
      • dan peranti ini digunakan untuk kaunter anda, pilih Cash Register.
      • tetapi peranti ini bukan digunakan untuk kaunter, pilih Bank
    • Jika anda tidak mempunyai kedai, pilih Bank

 

  • Thermal Printing Service (Untuk Peranti Android Sahaja)
    • Jika anda menggunakan sebarang Receipt Printer, pilih RawBT.
      • Seterusnya, pergi ke Play Store, dan download aplikasi RawBT driver for thermal ESC/POS printer
      • Selepas selesai pemasangan aplikasi RawBT, buka dan suaikan tetapan dalam Settings pada RawBT dengan Receipt Printer anda.
    • Jika anda tidak perlu cetak resit, dan cukup dengan e-resit, pilih NOT SET

 

  • Google Drive Authorization:
    • Tekan G Authorize untuk membenarkan sistem ini menggunakan Google Drive anda untuk menyimpan imej dan dokumen
    • Kemudian, pilih akaun Google anda, dan pilih Allow.
    • Setelah selesai, butang tadi akan jadi: G-Sign Out
    • Kami tidak akan simpan dokumen dan imej anda. Sebaliknya, akan disimpan di Google Drive anda

 

  • Skip mini-site:
    • Pilih Yes jika anda selalu menggunakan peranti ini untuk kerja-kerja operasi perniagaan.
    • Jika anda pilih No, anda akan ke minisite dahulu sebelum ke muka login untuk operasi, setiap kali anda buka sistem ini.
    • Pilih Yes akan langkaui minisite pada peranti ini, supaya login anda lebih cepat