019 391 3193 the@works25.com

Takkan takda diskaun?

Selalu juga pelanggan minta diskaun sebelum buat bayaran. Apa nak buat? Tak perlu gugup jika anda sudah bersedia.

Tawarkan Keahlian

Anda boleh tawarkan keahlian kepada pelanggan.

Biasanya, ahli ditawarkan 5 – 10% diskaun untuk barangan atau servis terpilih

Paling mudah, minta pelanggan like FB atau instagram perniaggan anda, dah jadi ahli.

Minta Review atau Testimoni

Minta tolong dari pelanggan untuk review atau testimoni di media sosial dan website anda.

Kemudian, beri lah RM5 – RM10 untuk 1 review di Media Social.

Tawarkan Belian Kredit

Contohnya RM500 kredit, dengan diskaun RM50. Jadi, pelanggan bayar RM450 sahaja untuk kredit RM500.

Cumanya, anda perlu jual nilaian kredit melebihi jumlah invois pelanggan.

Tawarkan Baucar

Anda juga boleh tawarkan baucar selepas pelanggan membuat bayaran.

Baucar ini perlu dihadkan tarikh penebusan supaya pelanggan boleh guna lagi servis atau beli lagi produk anda. Mungkin juga pelanggan akan beri baucar tersebut kepada kenalannya. Promosi percuma untuk anda!