Apa itu e-Invois LHDN?
e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli. e-Invois menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format PDF, JPEG, DOC dan lain-lain.
e-Invois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional, contohnya, butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan, yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian.
Format e-Invois:
XML, JSON
Bukan format e-Invois
Manfaat e-Invois LHDN
1. Mengurangkan proses manual dan kesilapan
Pemprosesan invois bersepadu melalui penyediaan dan pengemukaan dokumen transaksi & data secara elektronik.
2. Memudahkan pengemukaan borang nyata
Pelaporan percukaian yang cekap dan tepat melalui integrasi sistem yang lancar.
3. Meningkatkan kecekapan operasi
Pemerkasaan kecekapan pengoperasian serta menjimatkan masa dan kos.
4. Mendigitalkan pelaporan percukaian dan kewangan
Penyelarasan proses digitalisasi dan pelaporan kewangan berdasarkan piawaian industri.
Aliran kerja e-Invois LHDN
Untuk memudahkan peralihan kepada e-Invois, pembayar cukai boleh memilih mekanisme yang paling sesuai untuk menghantar e-Invois kepada LHDNM, berdasarkan keperluan perniagaan mereka dan keadaan tertentu.
Terdapat dua (2) pilihan mekanisme penghantaran e-invois yang boleh dipilih oleh pembayar cukai:
- Portal MyInvois
- Portal yang dihoskan oleh LHDNM
- Boleh diakses oleh semua pembayar cukai tanpa sebarang kos
- Juga boleh diakses oleh pembayar cukai yang perlu mengeluarkan e-Invois ketika mana sambungan Application Programming Interface (API) tidak tersedia
- Application Programming Interface (API)
- API adalah satu set kod pengaturcaraan yang membolehkan penghantaran data secara langsung antara sistem pembayar cukai dan Sistem MyInvois
- Memerlukan pelaburan awal dalam teknologi dan pelarasan kepada sistem sedia ada
- Sesuai untuk pembayar cukai besar atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang besar
Garis Masa Perlaksaan e-Invois LHDN
e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar. Pertimbangan dan perancangan yang teliti telah dibuat dengan mengambil kira julat pendapatan atau jualan tahunan, bagi memastikan pembayar cukai mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menyediakan dan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan e-Invois.
Sasaran Pembayar Cukai | Tarikh Pelaksanaan |
---|---|
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta | 1 Ogos 2024 |
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta | 1 Januari 2025 |
Semua pembayar cukai | 1 Julai 2025 |
Sistem Works25
Sistem Works25 adalah satu sistem yang akan integrasi dengan platform e-invois LHDN dan memudahkan kerja dari segi membuat resit, invoice, laporan kewangan perniagaan.