019 391 3193 the@works25.com
Sumber: LHDN

Apa itu e-Invois LHDN?

e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli. e-Invois menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format PDF, JPEG, DOC dan lain-lain.

e-Invois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional, contohnya, butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan, yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian.


Format e-Invois:

XML, JSON

Bukan format e-Invois


Manfaat e-Invois LHDN

1. Mengurangkan proses manual dan kesilapan

Pemprosesan invois bersepadu melalui penyediaan dan pengemukaan dokumen transaksi & data secara elektronik.

2. Memudahkan pengemukaan borang nyata

Pelaporan percukaian yang cekap dan tepat melalui integrasi sistem yang lancar.

3. Meningkatkan kecekapan operasi

Pemerkasaan kecekapan pengoperasian serta menjimatkan masa dan kos.

4. Mendigitalkan pelaporan percukaian dan kewangan

Penyelarasan proses digitalisasi dan pelaporan kewangan berdasarkan piawaian industri.


Sumber: LHDN

Aliran kerja e-Invois LHDN

Untuk memudahkan peralihan kepada e-Invois, pembayar cukai boleh memilih mekanisme yang paling sesuai untuk menghantar e-Invois kepada LHDNM, berdasarkan keperluan perniagaan mereka dan keadaan tertentu.

Terdapat dua (2) pilihan mekanisme penghantaran e-invois yang boleh dipilih oleh pembayar cukai:

  1. Portal MyInvois
    • Portal yang dihoskan oleh LHDNM
    • Boleh diakses oleh semua pembayar cukai tanpa sebarang kos
    • Juga boleh diakses oleh pembayar cukai yang perlu mengeluarkan e-Invois ketika mana sambungan Application Programming Interface (API) tidak tersedia
  2. Application Programming Interface (API)
    • API adalah satu set kod pengaturcaraan yang membolehkan penghantaran data secara langsung antara sistem pembayar cukai dan Sistem MyInvois
    • Memerlukan pelaburan awal dalam teknologi dan pelarasan kepada sistem sedia ada
    • Sesuai untuk pembayar cukai besar atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang besar

Garis Masa Perlaksaan e-Invois LHDN

e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar. Pertimbangan dan perancangan yang teliti telah dibuat dengan mengambil kira julat pendapatan atau jualan tahunan, bagi memastikan pembayar cukai mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menyediakan dan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan e-Invois.

Sasaran Pembayar CukaiTarikh Pelaksanaan
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta1 Ogos 2024
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta1 Januari 2025
Semua pembayar cukai1 Julai 2025
Sumber: LHDN

Sistem Works25

Sistem Works25 adalah satu sistem yang akan integrasi dengan platform e-invois LHDN dan memudahkan kerja dari segi membuat resit, invoice, laporan kewangan perniagaan.