Berikutan penguatkuasaan peraturan oleh pihak berkuasa menerusi operasi Ops Gasak, semua pengusaha dobi perlu memahami kaedah kendalian dan sambungan gas yang dibenarkan bagi premis masing-masing.
Kami telah menyediakan infografik ringkas dan padat untuk memudahkan anda mengenal pasti:
- Had bilangan tong LPG dalam premis
- Situasi yang memerlukan pemasangan sistem perpaipan gas
- Keperluan rumah simpan LPG bagi penggunaan melebihi 3 tong


