019 391 3193 the@works25.com

Contoh Tatacara Pengendalian Piawai
(Standard Operating Procedure)
S.O.P DOBI
Dengan penggunaan sistem Works25


 

Sesuai untuk kedai dobi yang menyediakan servis kepada pelanggan umum (B2C), bukan industri atau komersial (B2B). Contoh SOP ini adalah sebagai panduan sahaja, dan menunjukkan contoh integrasi sistem Works25 dalam SOP dobi.

SOP patut diterapkan (diterangkan dan ditegaskan) kepada setiap petugas dobi, mengikut stesen atau skop kerja masing-masing. Bahagian-bahagian SOP ini juga boleh ditampal pada stesen-stesen kerja, supaya petugas selalu ingat dan dipertanggungjawabkan untuk sentiasa mematuhi SOP.

Sebarang pelanggaran SOP patut direkodkan dan diminta tunjuk sebab.

Ditulis oleh: Nik Hazwan

Dari: 2023-07-06

Dikemas-kini: 2023-08-13

URUSAN DI KAUNTER

PELANGGAN BAWA BARANG

     

      1. “Selamat Datang”
        Ketika pelanggan masuk ke kedai, pastikan anda senyum dan menyapa dengan “Selamat Datang” atau “Welcome”.

      1. “Boleh kami bantu?”
        Mulakan soalan dengan sopan, tanya servis apa yang diperlukan.

         

           

            • Jika pelanggan hanya mahu tanya harga servis:
              Pada Works25: New Order > or Go Anonymous.
              Pilih item dan servis yang berkaitan untuk lihat harga.

               

                 

                  1. Jika pelanggan tak mahu teruskan, tekan New Order .

                  1. Jika pelanggan mahu teruskan dengan pesanan, pilih item yang betul dan tekan ikon pensil pada bucu kanan kotak Account, dan daftarkan pelanggan.

          1. “Boleh saya dapatkan nombor telefon encik?”
            Pada Works25: New Order > Tekan pada kotak carian .
            Dapatkan nombor telefon pelanggan. Taip no telefon pelanggan , atau sebahagian dari nya dalam kotak carian.

             

               

                • Jika ada senarai cadangan yang keluar, sahkan nama dan nombor telefon pelanggan, dan tekan Pick dari senarai yang ada.

                     

                      1. Jika nama atau nombor telefon pelanggan sudah berubah, tak perlu tekan Pick . Tekan pada ikon pensil di hujung barisnya.

                  • Jika pelanggan itu tidak tersenarai dalam cadangan, tekan Go , atau tekan Add New Customer.

              1. Pilih Servis
                Pilihan servis dan item akan terpapar. Tekan pada item untuk memilihnya

                 

                   

                    • Item boleh dicari dengan cepat, dengan menggunakan kotak Search

                    • Servis boleh dipilih, dari kotak Category

                    • Untuk pilih item secara terus, atau tekan butang +1 .

                    • Arahan khusus dari pelanggan boleh di simpan pada ruangan Note. Taipkan arahan tersebut, dan tekan butang fail hitam untuk simpan arahan, untuk pesanan lain kali.

                    • Jika ada kotoran khusus yang diberitahu, tandakan tempat kotoran dengan pelekat warna.

                1. “Servis hari ini adalah…”
                  Bacakan semula semua servis dan item yang telah dipilih:

                   

                     

                      • Butiran servis dan item

                      • Diskaun (jika ada)

                      • Jumlah harga servis, dan

                      • Tarikh dan waktu jangka siap servis.

                   

                    1. Check Out & Bayaran

                         

                          • Minta bayaran penuh seperti terpapar, atau sebahagian deposit.

                          • Tekan pada jumlah bayaran Pay Now untuk tukar angkanya, sesuai dengan bayaran

                               

                                1. Bayaran melebihi caj akan dipulangkan.

                                1. Bayaran yang kurang dari caj akan jadi deposit.

                            • Untuk pembayaran menggunakan kod QR Duitnow, pastikan pembayaran betul selesai sebelum tanda bayar. Sila pastikan notifikasi bayaran masuk pada app QR di telefon kedai.

                            • Atau tekan Pay Later jika pelanggan belum buat bayaran.

                            • Bayaran menggunakan points:
                              Lihat pada bawah skrin:
                              Tekan butang Spend Points.

                            • Bayaran menggunakan baucar:
                              Lihat pada bawah skrin:
                              Tekan butang Use Vouchers.

                        1. Cetak dan Serahkan Bill

                        1. Masukkan pakaian pelanggan pada bakul kedai. Pulangkan bakul atau beg pelanggan.

                        1. “Terima Kasih”.

                      Pastikan: Larangan:
                      ✔ Mesra dan sopan
                      ✔ Butiran nama dan nombor telefon pelanggan, betul✔ Setiap servis dipersetujui pelanggan✔ Nasihati pelanggan dengan servis yang tepat untuk item yang dihantar✔ Pelanggan jelas dengan tarikh siap
                      ❌ Bermuka masam dan tergesa-gesa

                      PEMERIKSAAN DAN PENGASINGAN

                         

                          1. Cetak dan tampal teg pada bakul
                            Tekan butang Tags dan cetak teg bakul untuk setiap servis. Tampal teg tersebut pada bakul item pelanggan, mengikut servis.

                          1. Cetak dan ikat teg pada item
                            Tekan butang dan cetak teg item. Ikat teg menggunakan tagging gun, pada setiap item pelanggan.
                            Nota: Servis cucian biasa, dan gosokan sahaja tak perlu di teg pada setiap item. Cukup dengan teg pada bakul.

                          1. Periksa setiap item dan catat sebarang kerosakan asal.
                            Periksa sebarang kotoran atau kerosakan pada setiap item. Jika ada kerosakan atau kotoran, tampalkan dengan pelekat warna.
                            Kemudian, tekan ikon kamera  pada servis tersebut untuk ambil gambar.

                             

                               

                                1. Tekan +Group dan tulis butiran kotoran atau kerosakan pada ruangan Note:. 

                                1. Tekan pada video untuk ambil gambar. Ulang langkah ini untuk mencatat kotoran atau kerosakan lain, untuk item yang sama.

                                1. Untuk item seterusnya, pada servis yang sama, tekan butang +Group, dan ulang langkah (b).

                          Nota: Untuk servis cucian pakaian biasa, pemeriksaan akan dilakukan sebelum cucian. Tidak dibuat di kaunter.

                             

                              1. Maklumkan kepada pelanggan
                                Jika ada kerosakan yang tidak dimaklumkan oleh pelanggan, tekan butang whatsapp untuk maklumkan pelanggan berkenaan kerosakan itu.

                                 

                                   

                                    1. Dapatkan kepastian pelanggan untuk teruskan servis, jika kerosakan dikhuatiri akan bertambah teruk selepas servis.

                                    1. Jika pelanggan tidak mahu teruskan,

                                         

                                          1. Bungkus dengan beg plastik item tersebut, dan labelkan dengan nama pelanggan.

                                          1. Tekan Editdan betulkan jumlah pesanan, tanpa item tersebut.

                                          1. Tekan icon mesej pada sebelah nama pelanggan, dan catatkan bahawa pelanggan ada bungkusan item yang tidak dapat diteruskan servis.

                                          1. Tekan CheckOut

                                Pastikan: Larangan:
                                ✔ Keadaan meja adalah cerah supaya mudah nampak.✔ Ketelitian hendaklah diutamakan untuk item-item yang berjenama atau mahal.✔ Setiap bakul ada teg sebelum dihantar ke bahagian operasi.✔ Setiap item ada ikatkan teg, kecuali servis gosok sahaja dan cucian pakaian biasa. ❌ Mencampur item-item 2 pelanggan yang belum diteg setiap itemnya.❌ Meninggalkan tugasan teg dengan pakaian yang belum di teg, atas meja.

                                SERAHAN KE STESEN SERVIS

                                   

                                    1. Dinding Kerja
                                      Tampal salinan bill kedai pada dinding kerja mengikut hari siap.

                                    1. Serahkan Item ke stesen servis

                                         

                                          1. Basuhan Biasa
                                            Aturkan bakul mengikut giliran di Garisan Giliran Basuhan Biasa.
                                            Imbas (Dashboard > Scan QR)  kod QR pada setiap teg supaya tanda ke Cucian .

                                       

                                        1. Gosok
                                          Gantungkan setiap item menggunakan hanger (kecuali gosok-lipat). Gantungkan ke Rek Kerja Gosokan. Asingkan pakaian setiap pelanggan dengan penyepit besar, dan tampal teg dari bakul ke penyepit besar.
                                          Imbas kod QR pada setiap teg supaya tanda ke Gosokan.

                                         

                                          1. Cucian Kering
                                            Campurkan item-item pelanggan dalam bakul Cucian Kering. Lekatkan teg bakul asal ke bakul Cucian Kering. Letakkan bakul ke stesen Spotting.
                                            Imbas kod QR pada setiap teg supaya tanda ke Spotting.

                                           

                                            1. Cucian Tangan
                                              Campurkan item-item pelanggan dalam bakul Cucian Tangan.  Lekatkan teg bakul asal ke bakul Cucian Tangan. Letakkan bakul ke stesen Spotting.
                                              Imbas kod QR pada setiap teg supaya tanda ke Spotting.

                                            1. Stain Treatment
                                              Campurkan item-item pelanggan dalam bakul Stain Treatment.  Lekatkan teg bakul asal ke bakul Stain Treatment. Letakkan bakul ke stesen Spotting.
                                              Imbas kod QR pada setiap teg supaya tanda ke Spotting.

                                            1. Permaidani, Tilam dan Bantal
                                              Pastikan setiap item sudah dilekatkan teg. Kumpulkan item ke ruangan Subservis.
                                              Hubungi pencuci permaidani untuk ambil item, jika belum dihubungi pada hari tersebut.
                                              Bila pencuci permaidani sudah tiba, imbas kod QR pada setiap item supaya tanda ke Sub .

                                          Pastikan: Larangan:
                                          ✔Salinan Bil Kedai di Dinding Kerja.✔Setiap item ada teg sebelum dihantar ke stesen. ❌Guna salinan bil kedai sebagai teg bakul atau item.

                                          PELANGGAN AMBIL SERVIS SIAP

                                          Pelanggan datang tanpa bawa apa-apa barang, dan / atau nak ambil barang siap.

                                             

                                              1. Selamat Datang
                                                Ketika pelanggan masuk ke kedai, pastikan anda senyum dan menyapa dengan “Selamat Datang” atau “Welcome”.

                                              1. Boleh kami bantu?”
                                                Mulakan soalan dengan sopan. Minta salinan resit jika ada dibawa bersamanya (sama ada online atau bercetak).
                                                Jika ada resit dibawa, lihat pada nombor bilnya.
                                                Jika tiada resit dibawah, minta nombor telefonnya.
                                                Tekan ikon All Orders , dan masukkan nombor bil atau nombor telefon pada kotak search

                                              1. Pastikan Pesanan sudah siap
                                                Lihat pada status pesanan tersebut, sama ada: Received, Done atau Delivered.

                                                 

                                                   

                                                    1. Jika Received: Bermaksud pesanan belum siap.
                                                      Tekan pada nombor bil, dan lihat tarikh Ready By.

                                                       

                                                         

                                                          • Jika tarikh dan masa nya belum, beritahu pelanggan
                                                            Maaf tuan/puan. Pesanan belum siap, dan patut siap pada (tarikh siap).

                                                          • Jika tarikh dan masanya sudah tiba, minta pelanggan tunggu sebentar.
                                                            Periksa dengan bahagian operasi, adakah semua item dalam pesanan sudah siap.

                                                             

                                                               

                                                                1. Jika sudah siap, serahkan kepada pelanggan, dan tanda Delivered .

                                                                1. Jika belum siap, minta segerakan pesanan ini, dan  dapatkan tarikh boleh siap dari bahagian operasi.
                                                                  Beritahu pelanggan dengan sopan:
                                                                  Maaf tuan/puan. Pesanan belum siap. Memang sepatutnya sudah siap seperti tarikh di bil. Ini adalah kesalahan kami.
                                                                  Harap maaf. Kami boleh siapkan pada (tarikh boleh siap)
                                                                  Kami akan terus whatsapp atau emel tuan jika sudah siap lebih awal”.

                                                        1. Jika Done: Bermaksud pesanan sudah siap.
                                                          Periksa tempat simpan semua item pada status . Dapatkan semua item. Pastikan semua item mencukupi. Lihat jika masih ada baki hutang untuk bil ini .
                                                          Item semua cukup”.
                                                          Sebutkan baki hutang jika ada.
                                                          Serahkan semua item kepada pelanggan, dan tanda Delivered .
                                                          Jika masih ada hutang untuk bil ini, sistem akan minta bayaran.

                                                           

                                                             

                                                              • Minta bayaran penuh seperti terpapar, atau sebahagian deposit.

                                                              • Tekan pada jumlah bayaran Pay Now untuk tukar angkanya, sesuai dengan bayaran

                                                                   

                                                                    1. Bayaran melebihi caj akan dipulangkan.

                                                                    1. Bayaran yang kurang dari caj akan jadi deposit.

                                                                • Untuk pembayaran menggunakan kod QR Duitnow, pastikan pembayaran betul selesai sebelum tanda bayar. Sila pastikan notifikasi bayaran masuk pada app QR di telefon kedai.

                                                                • Atau tekan Pay Later jika pelanggan belum buat bayaran.

                                                                • Bayaran menggunakan points:
                                                                  Lihat pada bawah skrin:
                                                                  Tekan butang Spend Points.

                                                                • Bayaran menggunakan baucar:
                                                                  Lihat pada bawah skrin:
                                                                  Tekan butang Use Vouchers.

                                                                • Rekodkan bayaran yang diterima.

                                                                • Jika ada point atau baucar yang dijana, sebutkan kepada pelanggan.

                                                        1. Saya boleh tolong hantar ke kereta
                                                          Jika item pelanggan tersebut banyak (terpaksa pegang 2 belah tangan, atau peluk), atau berat (melebihi 5kg), pelawa untuk hantarkan ke kenderaannya. Gunakan troli jika perlu.

                                                        1. Terima Kasih

                                                      Pastikan: Larangan:
                                                      ✔Item pelanggan hanya diberikan jika bayaran penuh telah dibuat, melainkan pelanggan kontrak.✔Item pelanggan dikira dan dipastikan cukup sebelum serahan.✔Tekan butang Delivered setelah serahan, sebagai tanda waktu barang diambil. ❌Serahkan item dari bil yang masih berbaki hutang, melainkan pelanggan kontrak.

                                                      URUSAN DI STESEN PEMERIKSAAN KUALITI

                                                      Item-item yang siap dari stesen-stesen servis, akan diserahkan ke stesen pemeriksaan kualiti.
                                                      Item akan dibungkus separuh:

                                                         

                                                          • Item bungkusan dengan beg plastik patut sudah dimasukkan dalam plastik, tapi belum diikat.

                                                          • Item bergantung (hanger) patut sudah di rapikan, dan diikat (jika perlu), tapi belum dibungkus.

                                                        Petugas di stesen servis tidak dibenarkan simpan sendiri item ke rak simpan.

                                                        PEMERIKSAAN KUALITI & PEMBUNGKUSAN

                                                           

                                                            1. Item yang berbungkus dengan beg plastik seperti cucian biasa dan gosok lipat.

                                                                 

                                                                  1. Pastikan lipatan seragam dan kemas

                                                                  1. Pakaian dibungkus berasingan mengikut kategori (melainkan kurang dari 4kg): Kanak-Kanak, Lelaki dan Wanita.

                                                                  1. Pakaian disusun dalam 1 beg mengikut jenis. Contohnya:

                                                            Shirt Lelaki
                                                            T-Shirt Lelaki
                                                            Pakaian Dalam
                                                            Seluar
                                                            Jeans
                                                            Tuala
                                                            Blouse Wanita
                                                            Dress Wanita
                                                            Pakaian Dalam
                                                            Seluar
                                                            Jeans
                                                            Tuala

                                                               

                                                                1. Saiz plastik yang sesuai digunakan. Tidak menggelebeh dan tiada fabrik yang terdedah.

                                                                1. Lipatan kemas dan bukan cincai. Contoh: T-shirt kelihatan kolar dan bahunya, dan kemeja dibutangkan 2 butang dan dilipat seperti T-shirt.

                                                                1. Kembalikan kepada stesen lipatan jika kualiti lipatan tidak seperti di atas.

                                                                1. Sebaliknya, bungkus dengan kemas.

                                                                     

                                                                      1. Ikat separa riben supaya mudah dibuka pelanggan.

                                                                      1. Kemaskan dengan tampalan pita selofan.

                                                                      1. Tampal Teg item dengan kemas pada bungkusan dengan selofan pada atas dan bawah teg.

                                                                  1. Item yang digantung (hanger).

                                                                       

                                                                        1. Pastikan item sudah digosok elok. 

                                                                        1. Pastikan tiada kesan kedutan dan double line.

                                                                        1. Pastikan tiada kesan kotoran yang sepatutnya dihilangkan.

                                                                        1. Kembalikan kepada stesen gosokan / spotting jika kualiti tidak seperti di atas.

                                                                        1. Sebaliknya, bungkus dengan kemas menggunakan plastik yang sesuai.

                                                                        1. Kriteria pembungkusan yang elok untuk item bergantung:

                                                                             

                                                                              1. Plastik melebihi panjang pakaian.
                                                                                Contohnya: Baju kurung dibungkus dengan plastik baju kurung.

                                                                              1. Setiap helai pakaian yang berlengan panjang diklip.

                                                                              1. Tidak melebihi 3 helai dalam satu plastik untuk item-item berkolar.

                                                                              1. Tidak campur pakaian lelaki dan perempuan dalam satu plastik.

                                                                              1. Disusun mengikut jenis pakaian. Contohnya: kurung+kurung+Blouse.
                                                                                Contoh salah: Kurung+Blouse+Kurung

                                                                              1. Jika pakaian terlebih panjang dari plastik yang ada, lipat dan staple hujung plastik supaya pakaian tidak terseret.

                                                                          1. Tampal Teg item dengan kemas pada atas bungkusan plastik dengan selofan pada atas dan bawah teg.

                                                                       

                                                                        1. Permaidani tiba dari pencuci.

                                                                             

                                                                              1. Pastikan permaidani tidak berbau dan dibungkus elok, serta tiada kesan wap air pada bungkusan.

                                                                              1. Pulangkan kembali kepada pencuci jika permaidani berbau atau lembap.

                                                                              1. Tampal Teg item dengan kemas pada atas bungkusan dengan selofan pada atas dan bawah teg.

                                                                        Pastikan: Larangan:
                                                                        ✔Pastikan kualiti sebelum bungkus dan simpan✔Tampal teg pada bungkusan dengan pita selofan pada atas dan bawah teg.✔Cetak teg jika tidak cukup atau sudah lunyai. ❌Simpan item di rak tanpa teg.❌Simpan item siap berbungkus di lantai.

                                                                        REKOD RAK SIMPAN DAN WHATSAPP

                                                                        Simpan item yang telah dibungkus pada rak atau rel yang kosong.
                                                                        Rekodkan tempat simpan item dengan cara:

                                                                           

                                                                            1. Buka sistem Works25 di telefon kedai.

                                                                            1. Imbas (Dashboard > Scan QR)  kod QR pada setiap teg item supaya tanda ke rak / rel yang betul. Pastikan mod yang digunakan ialah Mark Item.

                                                                            1. Tukar mod ke See Bill, dan imbas kembali setiap item.

                                                                                 

                                                                                  1. Jika semua item dalam bil sudah ada rak simpan, sila tekan Done.
                                                                                    Kemudian tekan butang Whatsapp untuk beritahu pelanggan semua item dah siap.

                                                                                  1. Jika masih ada item yang belum siap di simpan, biarkan sahaja. Teruskan dengan item lain.

                                                                            STESEN GOSOKAN

                                                                            RUTIN PENJAGAAN IRON

                                                                            Penjagaan iron yang betul memastikan jangka hayat penggunaan iron dan boiler lebih lama.

                                                                               

                                                                                • Iron mestilah di ’switch-off’ setiap kali tukang iron tidak menggunakannya, meskipun untuk 30 saat.

                                                                                • Boiler perlu di ‘switch-off’ jika tidak digunakan melebihi 5 minit.

                                                                                • Jika lampu tanda “Descale” menyala, tukang iron mestilah mengikuti prosedur descaling mengikut jenis iron. 

                                                                                • Air dalam boiler perlu dibuang sebelum tutup kedai setiap malam.

                                                                                • Iron perlu direhatkan seketika (switch-off selama 5-10 minit) setelah digunakan berterusan selama 3 jam. Tukang iron boleh menggunakan waktu ini untuk mengira dan menyerahkan item-item yang sudah siap gosok ke stesen Pemeriksaan Kualiti.

                                                                                • Tukang iron mestilah melaporkan jika berlaku kepelikan pada iron yang kepada Supervisor bertugas.

                                                                                • Hanya air bertapis yang boleh diiisi dalam kantung air setiap boiler.

                                                                              LANGKAH GOSOKAN UMUM

                                                                              Pastikan item yang digosok cukup, tidak hilang / tertukar dengan item dari bill lain.

                                                                                 

                                                                                  1. Pada setiap masa, pastikan ada tag pada setiap servis dan ada KLIP besar yang mengasingkan item-item pelanggan dengan pelanggan lain. 

                                                                                  1. Lihat pada rail suapan gosok. Pilih set pakaian pelanggan yang paling hadapan (paling lama pada rail). Kira dan pastikan bilangannya cukup seperti di tag. Laporkan pada Supervisor jika tidak cukup atau lebih.

                                                                                  1. Mula menggosok menggunakan laras suhu yang sepatutnya pada iron, bersesuaian dengan jenis fabrik yang hendak digosok.

                                                                                  1. Hasil gosokan mestilah bebas dari kesan kedutan, double-line atau shine. Line hanya pada bahagian sepatutnya.

                                                                                  1. Habiskan menggosok setiap helai dari set pakaian 1 pelanggan, kemudian serahkan kepada stesen Pemeriksaan Kualiti.

                                                                                       

                                                                                        • Pastikan teg ada pada klip besar tadi, dan item dipindahkan bersama klip besar.

                                                                                  MENGGOSOK KEMEJA

                                                                                     

                                                                                      1. Betulkan kedudukan baju dan urat baju, pastikan baju bersih daripada segala kotoran. Maklumkan kepada Supervisor jika ada kotoran. Serahkan kembali ke stesen cucian atau spotting jika item termasuk servis cucian.

                                                                                      1. Semburkan air/kanji* di leher bahagian dalam baju dan gosok di bahagian tersebut.

                                                                                      1. Semburkan air/kanji* di bahagian belakang atas baju  (bahu dan antara 2 bahu) dan gosok di bahagian tersebut.

                                                                                      1. Betulkan bahagian lengan baju, ikut urat baju, semburkan air/kanji* dibahagian belakang lengan baju dan gosok. Pastikan bahagian butang lengan baju di gosok dengan teliti dan cermat. Ulang langkah ini untuk gosok di bahagian hadapan lengan baju. Buat langkah yang sama untuk kedua-dua belah lengan baju.

                                                                                      1. Semburkan air/kanji* di bahagian kanan depan atas baju dan gosok bahagian tersebut.

                                                                                      1. Semburkan air/kanji* dan gosok di bahagian depan baju. Gosok dengan teliti dan cermat di kawasan butang baju.

                                                                                      1. Semburkan air/kanji* di kawasan belakang baju dan gosok di bahagian tersebut.

                                                                                      1. Ulang langkah lima (5) dan enam (6) untuk gosok di bahagian kiri hadapan baju. Gosok dengan cermat dan teliti terutama di bahagian butang dan poket baju.

                                                                                      1. Gosok sedikit di bahagian lengan baju kiri dan kanan, serta bahagian belakang atas baju kerana di kawasan tersebut baju akan kedut sedikit ketika langkah lima (5) hingga lapan (8) dijalankan.

                                                                                      1. Pastikan tiada kedutan pada baju dan sangkut baju dengan teliti di penyangkut betulkan bahagian leher baju dan butangkan butang pertama, kedua dan berselang selepas itu.

                                                                                    Nota: *air/kanji: ikut kesesuian fabrik dan nota item (jika ada) jika perlu guna air atau kanji.

                                                                                    STESEN SPOTTING

                                                                                    Periksa setiap item, cari pelekat tanda (pelekat dari kaunter) jika ada, dan lihat setiap sudut item untuk cari jika ada bahagian noda yang terlepas pandang di kaunter.
                                                                                    Teruskan dengan spotting untuk bahagian noda. Jika tiada bahagian noda, terus masukkan ke bakul mengikut stesen servis berikutnya.

                                                                                    Spotting mestilah dilakukan dengan teliti, supaya tiada kesan kotoran yang terlepas.

                                                                                       

                                                                                        1. Letakkan kesan kotoran fabrik pada kawasan vacuum mesh.

                                                                                        1. Kenalpasti warna atau jenis kotoran.

                                                                                        1. Ikuti langkah pada jadual spotting untuk menentukan spotting solution yang diperlukan.

                                                                                        1. Basahkan kesan kotoran dengan spotting solution yang dipilih.

                                                                                        1. Gunakan belakang berus dan alat yang disediakan untuk menekan atau menggosok lembut spotting solution tadi ke atas fabrik, dalam lingkungan kesan kotoran.

                                                                                        1. Lihat jika kotoran sudah larut. Jika tidak, beralih ke spotting solution yang seterusnya.

                                                                                        1. Tekan pedal vacuum dengan hujung kaki, dan semburkan air bertekanan ke atas kesan kotoran.

                                                                                        1. Semburkan dengan udara bertekanan untuk menghilangkan kesan basah.

                                                                                        1. Lepaskan pedal vacuum.

                                                                                        1. Hubungi Supervisor jika kotoran tak dapat dihilangkan.

                                                                                        1. Rujuk teg servis item, dan asingkan mengikut bakul stesen.

                                                                                      Serahkan bakul mengikut stesen servis berikutnya jika bakul sudah penuh, atau tiada lagi item untuk dibuat spotting.

                                                                                      STESEN CUCIAN

                                                                                      (UNTUK DIISI MENGIKUT KESESUAIAN OPERASI)

                                                                                      STESEN WET CLEANING

                                                                                      (UNTUK DIISI MENGIKUT KESESUAIAN OPERASI)

                                                                                      STESEN DRY CLEANING

                                                                                      (UNTUK DIISI MENGIKUT KESESUAIAN OPERASI)

                                                                                      STESEN PENGERINGAN

                                                                                      (UNTUK DIISI MENGIKUT KESESUAIAN OPERASI)

                                                                                      STESEN LIPATAN

                                                                                      LIPAT PAKAIAN

                                                                                         

                                                                                          1. Lipat baju dengan cermat dan cantik,  pastikan setiap helai baju yang dilipat bersaiz A4.

                                                                                          1. Asingkan baju yang berkolar dengan baju yang tidak berkolar. 

                                                                                          1. Asingkan juga seluar dan baju. Contohnya:

                                                                                        BEG 1/3 BEG 2/3 BEG 3/3
                                                                                        Shirt Lelaki
                                                                                        Tshirt Lelaki
                                                                                        Jeans Lelaki
                                                                                        Tuala
                                                                                        Blouse Wanita
                                                                                        Dress Wanita
                                                                                        Jeans Wanita
                                                                                        Tuala
                                                                                        Baju Budak
                                                                                        Seluar Budak

                                                                                        Kriteria lipatan cantik:

                                                                                           

                                                                                            • Pakaian anak-anak dibungkus asing dari pakaian orang dewasa (melainkan jika pakaian kurang 4kg)

                                                                                            • Pakaian disusun mengikut jenis seperti pada jadual diatas.

                                                                                            • Saiz plastik yang sesuai digunakan. Tidak mengelebeh dan tiada fabrik yang terkeluar dari pembungkusan.

                                                                                            • Lipatan kemas dan bukan cincai. Contoh: Tshirt kelihatan kolar dan bahunya, dan kemeja dibutangkan 2 butang dan dilipat seperti T-Shirt.

                                                                                             

                                                                                              1. Masukkan pakaian ke dalam beg plastik.

                                                                                              1. Tuliskan nama pelanggan, jumlah beg dan nombor resit di bahagian tepi beg plastik menggunakan marker.

                                                                                              1. Lekatkan tag di bahagian atas plastik.

                                                                                              1. Serahkan kepada stesen Pemeriksaan Kualiti.