019 391 3193 the@works25.com
Memperkenalkan Works25

Sistem Perniagaan Dobi

Tingkatkan mutu perniagaan dobi anda dengan sistem pengurusan perniagaan Works25.

CUBA PERCUMA

POS Laundry Dobi

1. Lajukan Urusan di Kaunter

Ambil pesanan dengan mudah sama ada melalui telefon pintar, tablet atau komputer. Sistem titik jualan (Point Of Sale POS) kami dicipta khas untuk kepelbagaian pesanan dobi.

Warna dan Gambar

Masukkan gambar yang sesuai dengan item. Contohnya; beza winter jacket dan overcoat.
Gunakan warna untuk bezakan kategori item; Cuci Basah, Cuci Kering, atau Gosok.

Ubah Harga Secara Terus

Untuk pakaian yang lebih kotor, kemungkinan perlu caj lebih. Jadi, terus tukar harga item bila buka pesanan.

Senarai Harga Berbeza

Anda boleh adakan senarai harga berbeza untuk jenis pelanggan yang berbeza. Sesuai untuk pelanggan Business-to-Business (B2B).
{

Nota Pada Item

Ada nota khusus untuk sesuatu item? Contohnya: Hilangkan kesan kari pada poket depan.
Taipkan dan nota akan ikut pada resit dan tag item.
h

Buat Sebut Harga

Butang Quotation disediakan untuk simpan pesanan sebagai sebut harga sahaja, tanpa teruskan sebagai invois.

Simpan Data Pelanggan

Data pelanggan dan item jualan disimpan terus. Tak perlu minta nombor telefon pelanggan setiap kali.

2. Stesen Kerja

Banyak pesanan pada kategori yang berbeza? Dengan fungsi Stesen Kerja, setiap stesen yang menguruskan kategori tertentu dalam produksi anda, akan dapat lihat kerja stesen mereka sahaja.

Butang Kemaskini Status Pantas.

Tekan sahaja butang status pantas untuk terus kemaskini item yang sudah disiapkan. Atau, pilih status lain dari kotak pilihan yang ada.

Cetak Chit dan Teg.

Cetak chit (senarai kerja mengikut stesen untuk 1 bill), atau teg untuk ditampal pada item yang akan diproses.

Choose Items
Direct product URL

3. Imbas Kod QR pada tag dan bil

Mudahkan pengurusan setiap item pesanan dengan rekod automatik, menggunakan imbasan kod QR pada teg dan bil. 

Namakan petugas.

Petugas yang imbas kod QR, dan status item akan terus direkodkan secara automatik. Teruskan imbas kod item lain untuk kerja yang pantas.

Rekodkan Rak simpan.

Rak simpanan item akan terus direkodkan. Bila pelanggan nak ambil itemnya, carian item akan jadi cepat. Tak ada lah pelanggan tunggu lama dan risau.

Pastikan Barang Cukup.

Imbas QR untuk lihat pesanan penuh pelanggan, dan pastikan setiap item yang dipesan, mencukupi.

4. Status Pesanan

Lihat status pesanan-pesanan sama ada: Diterima, Siap, Dihantar atau Terhalang. Semua ini dalam satu senarai yang dibezakan mengikut warna supaya tiada pesanan yang tertinggal.

Whatsapp Pelanggan.

Hantar pesanan kepada pelanggan bila pakaian sudah siap. Ayat dan pautan bill semua sudah tersedia secara automatik. Tekan Hantar sahaja.

Notifikasi.

Dapatkan terus notifikasi ke telefon atau komputer anda jika ada item yang ditanda tersangkut, atau tidak boleh diproses.

Kumpulkan pesanan.

Kumpulkan pesanan mengikut pelanggan, atau kategori, atau status bayaran.

Payment Gateway
Whatsapp Notification

5. Senarai Penuh Kerja

Lihat senarai penuh kerja, mengikut Kategori, Item dan tarikh patut siap.

Kemaskini Status.

Sahkan status setiap item, dan kemaskini secara langsung.

Tugaskan Staf.

Pilih staf untuk ditugaskan kepada item-item tertentu. Staf itu akan ada jadual kerjanya tersendiri.

6. Peringkatan Proses

Untuk produksi yang melalui beberapa proses untuk setiap item, paparan ini membantu melihat kerja di setiap proses.

Perhalusi Penggunaan Tenaga Kerja.

Kenalpasti proses yang memerlukan lebih pekerja, dan sebaliknya.

Kenalpasti masalah produksi

Analisa dan kenalpasti proses yang lambat secara terus, supaya anda terus boleh selesaikannya.

Whatsapp Notification

7. Simpan Gambar Item

Sisipkan gambar pada item, berserta tarikh dan masa gambar diambil, serta nota ringkas.

Lindungi Dari Tuduhan Kerosakan

Ambil gambar keadaan item sebelum proses cucian, terutamanya jika ada kerosakan asal.

Elak Item tertukar

Gambar item boleh dirujuk semula kemudian dengan mudah, berdasarkan bil atau tarikh.

8. Program Kesetiaan Pelanggan

Pelanggan dobi dan cucian kering biasanya berulang. Pastikan mereka setia dengan servis anda, melalui mata ganjaran, keahlian dan baucar.

Baucar Elektronik.

Tetapkan berapa RM nilai baucar yang akan diberikan setiap kali selepas pembayaran diterima, melebihi nilai tertentu.

Mata Ganjaran.

Tetapkan berapa RM nilai mata ganjaran yang akan diberikan setiap kali selepas pembayaran diterima, melebihi nilai tertentu.

Keahlian.

Tetapkan tempoh keahlian dan diskaun yang akan diberikan, atau tetapkan harga berbeza untuk ahli.

Storan Awan

Boleh guna pada banyak peranti sekaligus. Kalau peranti rosak, data tak hilang.

Peringkatan Kuasa

Bezakan peranan admin, pengurus, ketua dan pekerja am. Ada hingga 8 peringkat kuasa boleh ditetapkan untuk lebih 120 fungsi. 

Kalis Masa

Sistem sentiasa dikemaskini dengan fungsi dan sekuriti baru, beberapa kali setiap bulan. Tak perlu risau sistem jadi lapuk dan ketinggalan.

Mudah Berurusan

Setiap pelanggan kami akan ditetapkan dengan seorang pegawai urusan pelanggan. Jadi, tak perlu bercakap dengan robot untuk dapatkan bantuan.

Salinan Data Setiap Hari

Setiap 2am, sistem akan buat salinan data ke 2 pusat data berbeza supaya data anda sentiasa selamat dan terpelihara.

Tiada had simpanan data

Kami tidak akan simpan gambar, atau dokumen yang dimuat naik. Sebaliknya, akan disimpan dalam Google Drive anda. Jadi, tiada had selagi ada ruang dalam Google Drive.

Sistem Akaun Terbina

Sistem ni ada sekali dengan sistem perakaunan. Ya, sistem perakaunan yang lengkap dengan PO, DO, SI, RN, CN, Invoicing, Debtors, Creditors, PnL, Balance Sheet... semua lah!

Tutorial Terbina

Leceh nak tengok video atau baca manual. Sistem ni ada panduan pada skrin (On-Screen Guide). Sistem akan pandu anda pada setiap langkah tutorial.

Banyak lagi fungsi lain

Klik untuk tengok fungsi-fungsi lain. Harga sama sahaja, jangan risau.
Tiada caj tambahan. Jom klik.

Bandingkan Kami

Bandingkan kami dengan beberapa pesaing. Kami dah sediakan jadual perbandingan untuk anda teliti.

Pelanggan Kami

Mereka puas hati. Ada cadangan, komen; terus kami perbaiki.

recommended best guna sistem ni.. service terbaik.. good for retail and wholesales sistem dh xpening semua ada.. 5 bintang 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Amy

Amy Mascara

Sistem inilah yang paling baik saya jumpa untuk bisnes dobi saya. Bab pengurusan pesanan, memang nombor 1.
Nik

Washville

Sistem ini amat memudahkan. Tak perlu lagi saya sentiasa ada di kedai. Kat rumah pon saya boleh monitor bisnes dan production dobi saya.
Azza

Dobi Ibu

Soalan Lazim

Adakah Works25 perlukan talian internet?
Ya. Talian internet diperlukan, guna internet telefon bimbit pon ok dah.
Boleh kah saya tengok hasil jualan dari rumah?
Boleh je. Buka sahaja sistem Works25 di telefon atau laptop sendiri di rumah.
Boleh guna banyak orang sekaligus ke?
Boleh. Tiada masalah.
Ada caj lain tak kalau banyak transaksi?

Tiada, jika bilangan bil bulanan tidak melebihi 1500 bil. Bilangan, bukan jumlah dalam RM. Jika melebihi 1500 nombor bil baharu setiap bulan, selama 3 bulan berturut-turut, harga langganan tahunan akan dinaikkan dari RM660 kepada RM1200 setahun.

Ada had storan kah?
Tiada had. Dokumen dan gambar akan disimpan di Google Drive pengguna. Jadi, boleh muat naik selagi Google Drive tak penuh.

Harga

Satu harga sahaja.

CUBA PERCUMA

untuk sebulan, kemudian RM60 sebulan.

Cawangan Tambahan
RM 60 sebulan.
Bantuan Secara Atas Talian Percuma
Bantuan percuma secara online.

  • 9am to 9pm: Bantuan Segera
  • Melalui remote desktop, panggilan telefon dan video.
Bantuan Di Premis
RM2 perkm dari Kota Damansara, Selangor.

  • Minimum caj: RM150
  • Tambahan caj tempat tinggal jika melebihi 100km
Pakej Perkakasan
Kami sediakan beberapa pakej. Klik pautan dibawah:

Hardware Packages

Menggunakan Perkakasan Sendiri
Jika perlu kami bantu untuk pasang pemacu perisian atau keperluan lain pada perkakasan sendiri, akan ada caj.

Untuk:

  • Thermal Printer
  • Label Printer
  • Cash Drawer
  • PC
  • Tablet
  • Secondary Display
  • Barcode Scanners
  • Weighing Machine

RM100 untuk 1 perkakasan.

Atau boleh buat sendiri sahaja, dengan mengikuti panduan kami.

Atau nak tengok demo dulu?

Tak pasti lagi? Cuba akaun demo dahulu, ada khusus untuk bisnes dobi.
Perbandingan Kos Buku Bil dan POS Works25

Perbandingan Kos Buku Bil dan POS Works25

Mungkin anda fikir, adalah mahal untuk mula guna sistem Works25. Sebenarnya tidak. Kos menggunakan buku bil lebih mahal.BORANG INTERAKTIFGunakan borang ini untuk menganggar kos penggunaan buku bil dan juga sistem Works25.[cff_divi cff_form_id="7"...

read more
DOBI: Pengiraan Kos Gosokan

DOBI: Pengiraan Kos Gosokan

Untuk pengusaha dobi, menggosok adalah seringkali, servis yang paling kurang memberikan keuntungan. Risiko pakaian rosak, kesukaran mencari pekerja dan penyelenggaraan mesin adalah tabiat servis menggosok.

Untuk memberikan keuntungan yang setimpal, tetapan harga dan pengiraan kos menjadi kemestian.

read more